Thursday, April 10, 2008

KAYANYA USAHAWAN MUSLIM KALAU...



Naib Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim menegaskan pasaran makanan halal dunia pada tahun 2005 dianggarkan bernilai US$600 billion, pasaran Malaysia hanya US$ 5.9 billion, manakala diseluruh Asia sebanyak US$ 365 billion dan pasaran Asia Barat sebanyak US$ 112 billion.


Cabaran masa kini ialah bagaimana hendak meningkatkan penyertaan usahawan muslim dalam bisnes pengeluaran dan perdagangan makanan halal. Penguasaan kepentingan orang Islam dalam bisnes dan industri produk makanan halal adalah dilihat sebagai satu cabang “Jihad Bisnes”.


Sejauh manakah para usahawan kita sedar peluang dan ruang yang luas dalam pasaran produk halal dunia?


DPIM Cawangan Kedah menjemput para usahawan Muslim di negara ini untuk bergabung dibawah satu jemaah untuk kita berdiskusi dan mencari titik mula kearah usaha tersebut.


Sila emailkan maklumat lengkap syarikat anda dengan menghantar ke email :dpimkedah@gmail.com.

No comments: