Thursday, June 19, 2008

Tahniah MB Kedah sempena 100 hari pemerintahan Kedah



DPIM Kedah merakam tahniah kepada YAB Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak yang kini genap lebih 100 hari menzahir pemerintahan yang terbaik setakat ini berdasarkan konsep Kedah Sejahtera. Diharap keterbukaan beliau dalam menguruskan Kedah dapat sokongan dan dorongan terbaik dari semua pihak demi kemajuan Negeri Kedah.

Impian Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Malaysia' dari konteks pertanian amat dipuji dan semua pihak berdoa agar usaha demikian mampu dizahirkan.

Syabas Ustaz Haji Azizan dan jemaah kepimpinan Negeri Kedah.

Satu lontaran ide dan saranan daripada Cikgu Lah -Timbalan Pengerusi DPIM Kedah


BEKALAN BERAS SATU SATU BAHAN KESELAMATAN NEGARA

Beras ialah bahan makanan utama orang Malaysia.
Ketiadaan beras bolih mencetuskan keadaan ketidakstabilan Negara,
Boleh mencetuskan huru hara.
Boleh menumbangkan kerajaan walaupun kerajaan pilihan rakyat

Sejarah beras.

1. PADA TAHUN 1946 Kerajaan Kolonial British telah menubuhkan
STOCKPILE atau SIMPANAN BERAS bagi menjaga
kepentingan bekalan kepada Rakyat Malaya pada masa itu,
walaupun beras bukan untuk makanan orang2 Inggeris .

Bagi kerajaan British ini adalah satu strategi bagi menjaga
keperluan makanan jika berlaku krisis makanan dunia. Pada
hemat British keadaan itu boleh berlaku pada bila bila masa.

2. Kerajaan British telah menubuhkan stockpile dibawah jagaan unit
Kawalan Makanan ( Food Control ) di Jabatan Perdagangan
yang kemudian menjadi Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian ( Commerce & Industri )

3. Mengikut Modus Operandi pada masa itu. Kerajaan memberikan
Permit kepada peniaga- peniaga Cina mengimpot beras dan
Pengilang2 Cina mengilang padi menjadikan beras. Kerajaan
mengenakan peraturan Pengilang dan Pengimpot hendaklah
menjual kapada Keraan jaan sebagaian daripada hasil kilangan
dan sebahagian daripada beras yang diimpot untuk simpanan
kerajaan menjadi Stockpile untuk kegunaan selama tiga (3) bulan.

4. TAHUN 1971 LEMBAGA PADI DAN BERAS DITUBUHKAN.
DI TUBUHKAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT DASAR
EKONOMI BARU.


Pada masa itu BERAS di bawah bahagian bekalan Kementerian
Perdagangan dan Padi dibawah kuasa FAMA. Dua jabatan ini
tidak boleh bekerjasama yang mengakibatkan kepincangan dalam
industri Padi dan Beras.

Bagi menjaga kepentingan industri ini maka Kerajaan pada masa
itu dibawah pimpinan YAB Tun Razak menubuhkan LPN serta
menyatukan kedua dua bahan ini iaitu Padi dan Beras dibawah
kelolaan LPN ( Lembaga Padi dan Beras Negara) Diwaktu yang
sama ujud akta Lembaga Padi dan Beras Negara yang
merangkumi kuasa kuasa pelesenan perniagaan beras,Mengimpot,
Mengilang dan kawalan harga serta menentukan gred beras.

5. LPN ( Lembaga Padi dan Beras Negara ) telah mengimpot sendiri
dan menguruskan Stockpile pada masa itu untuk keperluan
makanan Rakyat Malaysia selama TIGA BULAN . Pada tahun
1973 /74 STOCK PENIMBAL (Stockpile) disediakan sebanyak
160,000 Metrikton mengikut keperluan penduduk pada masa itu.

6. Kewujudan LPN tidak disenangi oleh Pengilang dan pengimpot
Cina. Mereka cuba memboikot perniagaan beras yang di uruskan
oleh LPN.

7. Krisis kekurangan bekalan beras bermula awal tahun 1973.

Dalam bulan April 1973. Pengarah LPN Kedah En.Ahmad Anuar
b.Ibrahim telah memanggil Ketua ketua Pemuda UMNO
Bahagian dalam Negeri Kedah berbincang bagi menangani
masaalah yang dihadapi oleh LPN Kedah pada masa itu.

Ketua ketua Pemuda UMNO Bahagian bahagian dalam Negeri
Kedah bersetuju mengambil tugas dan tanggung jawab mengedar
beras ke deluruh Kedah. Mereka berjaya berbuat demikian
dengan keuntungan hanya sebanyak RM 2.00 bagi satu guni 100
kg atau hanya RM 20.00 satu m/ton.

Peniaga Melayu berjaya menguruskan perniagaan dengan
kerjasama LPN Peniaga Melayu berjaya membekalkan beras
keseluruh Negara. Badan-badan peniaga Kerajaan ditubuhkan
ditiap tiap negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonpmi
Negeri bagi menambahkan bantuan kepada orang orang
Melayu untuk berniaga bukan sahaja beras tetapi juga gula dan
tepung.

8. Peniaga Cina yang memboikot perniagan beras menyedari orang
orang Melayu boleh menjalankan perniagaan dengan jayanya.
Orang Cina dengan dengan bantuan pembesar Melayu
diantaranya ada Wakil Raayat UMNO menjadi talibarut dan
pengkhianat bangsa mengambil lesen perniagaan beras borong
memberikan kapada orang China.

Peniaga Cina berjaya bersaing dengan orang Melayu dengan
menggunakan nama pembesar politik Melayu ( UMNO ) dan
rasuah kapada peawai pegawai LPN peringkat bawahan.
Peniaga Melayu mula mendapat tekanan.

9. Krisis bekalan beras yang melanda Negara pada masa itu dapat
diatasi dengan cara pembelian beras dari Thailand diuruskan
antara Kerajaan dengan Kerajaan.

Sistem ini berjaya mendapat bekalan berterusan kerana
kerajaan Thailand tidak memungkiri janji tidak seperti
pembelian bekalan dari pembekal swasta Thailand. Mereka
akan ingkar apabila harga naik dipasaran luar. Mereka
sanggup membayar denda atas perjanjian dan membatalkan
perjanjian. Ini berlaku seperti sekarang. BERNAS tidak
berupaya melakukan perniagaan seperti LPN pada masa itu.


11. Tahun 1994 LPN telah di Koperatisasikan menjadi
PADIBERAS NASIONAL atau BERNAS. Milik penuh
kerajaan .

12. Pada tahun 1996 Kerajaan di bawah Pimpinan Tun Mahathir
telah menswastakan BERNAS dan didagangkan di papan
utama Bursa Malaysia. Beberapa kerat pemimpin politik
kerajaan antaranya Menteri mendapat durian runtuh beratus
juta ringgit keuntungan atas jualan SAHAM BERNAS. Yang
tidak payah mengeluarkan modal seperti peniaga peniaga
beras yang membantu LPN pada tahun 1973.

13. Perniagaan BERNAS diuruskan dengan terus mengaut keuntungan atas belakang raayat. Harga beras terus meningkat walaupun beras di pasaran dunia belum meningkat. BERNAS menubuhkankan satu syarikat dengan peniaga Thailand mengumpul beras dengan mengambil keuntungan kemudian baharu di bekalkan kapada BERNAS . Bernas membayar satu harga yang tidak sepatutnya. Rakyat tanggung kos ini.

Sebahagian dari keuntungan ini mungkin menjadi milik peribadi
pegawai atasan Bernas . Semua ini beban kapada rakyat
Malaysia.

14.Tahun ini, 2008 krisis Beras Dunia kembali lagi. Bernas tidak
berupaya mengatasi masaalah ini. Stok penimbal hanya ada
92,000 ton Metric hanya cukup untuk dua minggu kegunaan
rakyat Malaysia itu pun belum pasti benarkah ada stok
tersebut.

Kerajaan pada hari ini 3hb. May 2008 campur tangan untuk
mengatasi persoalan tersebut. Di fahamkan YAB Datuk Seri
Abdullah b.Datu Hj.Ahmad Badawi Perdana Menteri telah
menyuarakan meminta bantuan dari Perdana Menteri
Thailand bagi jaminan mendapatkan bekalan. Hal ini tidak
berlaku sewaktu LPN menjalankan tugas mengimpot beras
dari Thailand dan lain2 negeri.

15. Apa yang berlaku sekarang terbukti, syarikat swasta TIDAK
BOLEH DIBERIKAN KEPERCAYAAN MENJALANKAN
KERJA MENGIMPORT, MENJAGA STOK PENIMBAL DAN
BEKALAN BERAS PADA KESELURUHANNYA.

16. Untuk menjaga kestabilan beras Negara serta menjaga harga
yang berpatutan dan berhemat seperti yang berlaku dizaman
pengendalian LPN pada masa yang lalu, maka inilah
dicadangkan kepada Kerajaan supaya menghidupkan semula
LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA dan mengambil alih
semua kuasa kuasa import dan stok penimbal beras dari
BERNAS BERHAD. Kuasa pelesenan di letakkan dibawah
kuatkuasa Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Bernas boleh berniaga seperti biasa dan boleh membeli beras
dari LPN disamping itu Bernas mempunyai banyak kilang
kilang beras milik kaum Cina yang bersekutu dengan Bernas.


Di cadangkan oleh
Abdullah bin Hashim
Bekas Timbalan Pengurusi, Persatuan Pemborong Beras Melayu
Kedah tahun Tujuh puluhan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Muda yang mengambil
langkah menolong LPN mengedar beras sejak tahun 1973.
Kini Timbalan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia,Kedah.

Sunday, June 15, 2008

LOGO USAHAWAN MUSLIM DPIM


DPIM Kedah telah mempekenalkan logo keyakinan pengguna bagi keperluan usahawan muslim pada pembungkusan produk mereka.
Kewujudan logo ini sebagai salah satu usaha mengangkat produk 100% keluaran usahawan muslim dalam membina keyakinan pengguna. Usaha ini berikutan terdapat kenyataan yang mengaitkan hampir 80% pemilik sijil halal adalah dikalangan bukan muslim.
Biasa pengguna agak keliru sesetengah produk yang berimejkan Melayu dan Musli tetapi sebenarnya dihasilkan oleh orang bukan Islam.
Kepada usahawan yang berminat menggunakan logo ini sila hubungi Urusetia Usahawan Muslim ditalian 017 4040898 atau email:dpimkedah@gmail.com.
Syarat utama penggunaan logo ini ialah:
  • Menjadi ahli DPIM
  • Bayaran tahunan RM 200.00 untuk syarikat Sdn. Bhd dan RM 150.00 untuk syarikat bertaraf enterprise.
Antara keistimewaannya:
  • Akan mendapat kad eksklusif DPIM Kedah
  • Sijil Rakan Usahawan Muslim
  • CD logo untuk urusan percetakan.
  • e-Newsletter bulan percuma.
  • Diskaun 20% kursus, seminar sehingga ke peringkat pengajian Diploma
  • Promosi produk di laman web http://www.dpimkedah.com/

Tahniah Idris Jusoh


DPIM Kedah merakamkan penghargaan kepada YB Dato' Seri Idris Jusoh kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Mara yang baharu.


Diharapkan perlantikan beliau ini akan memperkasakan pembangunan usahawan Bumiputera agar mampu duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan usahawan kaum lain.


Ada baiknya jika Idris mengstrukturkan semula peranan dan mentaliti Mara agar ianya lebih mesra usahawan. Kerenah birokrasi yang luwes sewajarnya dikikis.


Terdapat seorang usahawan di Kedah, yang merungut tentang payahnya berhadapan dengan birokrasi Mara. Bila berceramah mereka dengar mudah sangat dapat pinjaman. Seolah-olah Mara ini syurga usahawan Melayu. Tetapi bila buat permohonan mengalahkan bank komersial mereka minta itu dan ini. Macam itu juga dengan geran, sembang macam mudah tetapi bila minta tidak pernah dapat. Alasannya, rekod pembayaran pinjaman tidak cantik. Menurut usahawan yang baru disenarai hitam sejak awal 2008 itu lagi, kalau dia tiada masalah akibat disenaraihitam, dia pun tak akan cari Mara. lebih baik dia pergi dekat bank komersial.


Ada seorang lagi usahawan, yang bersemangat tatkala baharu lepas kursus Mara yang kepingin memohon geran promosi produk Mara. Disebabkan yakin dengan ceramah Pegawai Mara yang menceritakan betapa mudahnya Mara ingin membantu para uasahwan, maka beliau sanggup berhutang untuk membangunkan produk makanan dengan mencetak foil pembungkusan. Sayang seribu kali sayang, sehingga kini telah lewat lapan bulan permohonan beliau tanpa jawapan. Hasilnya usahawan tersebut dibebani hutang dan penyudahnya beliau terpaksa berhutang dengan 'along' bagi menyelesaikan masalahnya.


Rungutan ini adalah sebahagian kecil rintihan para usahawan kecil Melayu yang bagaikan tiada pergantungan harapan kepada iltizam yang diilhamkan oleh Almarhum Tun Ghafar Baba tatkala menubuhkan Rida dan seterusnya menjadi Mara.


Yang pasti Mara dan warga kepimpinan tertinggi yang menjadi pilihan rakyat perlu memikirkan sesuatu untuk lebih mesra usahawan kerana kini mereka lebih mesra berurusan dengan 'along-along' yang lebih memahami keperluan usahawan Melayu dan 'mesra usahawan'.


DPIM Kedah mendoakan agar kepimpinan negara dan pengurusan Mara agar melihat dengan mata hati para usahawan yang berpotensi agar tidak terus diabaikan.

Sunday, June 8, 2008

PELUANG UNTUK ANDA !

SEMINAR ON "CERTIFICATION FOR EXPORTING FOOD PRODUCTS"MATRADE wish to invite you to a half-day Seminar on "Certification forExporting Food Products" to be held as follows:-

Date : 18 June 2008 (Wednesday)
Time : 9.00 am - 1.00 pm
Venue : MATRADE Hall, Level 3, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur

The objective of this seminar is to provide the participants withguidelines for certification of food products in Malaysia such asCertification for Food Industries, Hazard Analysis Critical Control Point(HACCP) and Veterinary Health Mark (VHM)For this purpose, MATRADE has invited speakers from AJA EQS Certification(M) Sdn Bhd, Food Safety and Quality Division, Department of Public Health,Ministry of Health Malaysia (MoH) and Department of Veterinary Services(DVS), Ministry of Agricultural and Agro-Based Industry Malaysia (MoA).A fee of RM 50.00 will be charged for this seminar and registration forthis seminar could be done by returning the duly completed registrationform as attached via fax at 03-6203 7250 or e-mail at:training@matrade.gov.my or register online at www.matrade.gov.my. Theclosing date for the registration is 13 June 2008.For further clarification on the seminar and registration, please contactMr. Aswad/ Miss Anis at 03 - 6207 7517/7519.