Sunday, June 15, 2008

LOGO USAHAWAN MUSLIM DPIM


DPIM Kedah telah mempekenalkan logo keyakinan pengguna bagi keperluan usahawan muslim pada pembungkusan produk mereka.
Kewujudan logo ini sebagai salah satu usaha mengangkat produk 100% keluaran usahawan muslim dalam membina keyakinan pengguna. Usaha ini berikutan terdapat kenyataan yang mengaitkan hampir 80% pemilik sijil halal adalah dikalangan bukan muslim.
Biasa pengguna agak keliru sesetengah produk yang berimejkan Melayu dan Musli tetapi sebenarnya dihasilkan oleh orang bukan Islam.
Kepada usahawan yang berminat menggunakan logo ini sila hubungi Urusetia Usahawan Muslim ditalian 017 4040898 atau email:dpimkedah@gmail.com.
Syarat utama penggunaan logo ini ialah:
  • Menjadi ahli DPIM
  • Bayaran tahunan RM 200.00 untuk syarikat Sdn. Bhd dan RM 150.00 untuk syarikat bertaraf enterprise.
Antara keistimewaannya:
  • Akan mendapat kad eksklusif DPIM Kedah
  • Sijil Rakan Usahawan Muslim
  • CD logo untuk urusan percetakan.
  • e-Newsletter bulan percuma.
  • Diskaun 20% kursus, seminar sehingga ke peringkat pengajian Diploma
  • Promosi produk di laman web http://www.dpimkedah.com/

No comments: