Saturday, July 26, 2008

"Qardhul Hasan" Tekun


Keputusan caj perkhidmatan yang dikenakan Tekun Nasional (Tekun) ke atas pinjaman mengikut kaedah "Qardhul Hasan" diturunkan daripada lapan peratus kepada empat peratus setahun berkuat kuasa 1 Ogos ini, merupakan hadiah istimewa kepada pengusaha Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, sehingga 30 Jun lalu, institusi itu telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM120 juta daripada RM160 juta yang diperuntukkan sepanjang tahun ini.

DPIM Kedah merakamkan terima kasih kepada Kerajaan khususnya kepada MECD dibawah kepimpinan Dato' Noh Omar serta keprihatinan pengurusan Tekun Nasional dibawah pengurusan berkualiti, Datuk Abdul Rahim Hassan yang juga Pengerusi Dewan Usahawan Muda DPIM Malaysia.

1 comment:

Unknown said...

Well well well......